Aku Akan Cari!
Berlagak kuat.
Waktu ni kita semua dapat berhubung dan berinteraksi dengan orang-orang yang jauh dalam maya. kalau dibandingkan dengan zaman dulu, kita sekarang lebih senang untuk buat aktiviti sosial, tak payah bersusah-susah guna kudrat. sekarang semuanya dihujung jari. Hanya tangan dan mata saja yang diperlukan dalam konteks ini tapi kita terlupa kita bawa hati sekali. hati merujuk kepada keinginan dan emosi. kita semua tak akan lepas dengan permainan hati, ia tak boleh dilayan dan sama sekali jangan diabaikan. ia harus dikawal. Kadang kita tengok orang lain hidup bahagia dan gembira di media sosial, kita mula rasa sedikit iri lalu persoalkan "kenapa hidup aku tak macam tu jugak?!". kadang kita gembira nampak orang lain gembira dan rasa ingin tahu akan gelagat orang tersebut lalu terinspirasi "wah bagusnya dia buat macam tu". sekarang kita boleh cuba fikir-fikirkan apa yang mendorong gerak hati ini. cubalah mengawal perasaan, jangan mudah melatah pada medium maya yang penuh perselisihan ini. baca dan hadam yang betul, bak kata pepatah ambil yang keruh buang yang jernih. realitinya tak setanding apa yang ditayang-tayangkan. masing-masing dengan masalahnya sendiri, masing-masing atasi dengan cara sendiri. setiap orang memegang perasaannya tersendiri, walaupun dalam bersedih kita tak nak nampak lemah. kita okay2 saja dan berlagak kuat.
Insecure
Bila gunakan perkataan 'Iri hati' ia nampak tak baik sangat sebab ia hampir maksud dengan 'dengki'. Tapi bagi aku dua perkataan ini berbeza. orang rasa iri hanya dalam hati dan boleh diterjemahkan dalam perasaannya saja. namun dengki ialah orang yang rasa iri dan berani membalas dengan perbuatan. sebab itulah seeloknya kita jangan rasa iri hati dengan orang lain kerana diakhirnya membawa padah pada diri sendiri. cuba bertenang dan fikir. berfikir secara positif adalah jalan terbaik tapi bukan menyedapkan hati. fikir. merendah diri tak salah tapi jangan sampai merendahkan diri merapuhkan semangat sebaliknya bermotivasi.
Sejauh apa yang kita siapkan?
Dalam mencapai sesuatu perkara yang kita impi-impikan pasti pada mulanya kita telah membuat persediaan supaya kita akhirnya sampai ke tahap ini, tahap yang dimana kita hampir menggapai apa yang kita bayang-bayangkan dulu. jika kita tak berusaha dalam mendapatkan apa yang kita mahukan itu mungkin ia sebenarnya bukan impian sebenar kita. ada orang impiannya tercapai, ada yang sebaliknya. aku sangat tak setuju kalau ada orang kata usahalah ukuran bagi seseorang mencapai kejayaannya itu. bagi aku usaha orang semuanya berbeza-beza, tapi bukan maksud aku yang kita tak perlu usaha langsung. kita sebagai manusia dikurniakan dengan macam-macam kelebihan sendiri, cuma sedar atau tak sedar, hargai atau tak hargai. misalannya, ada orang dikurniakan dengan akal fikiran yang sihat, disekelilingi dengan orang-orang yang baik, atau dilahirkan dalam keluarga yang senang. kita tak sedar nikmat-nikmat tu. dari situ mungkin usaha setiap orang lain-lain, tak semua yang berjaya tu melalui kesukaran yang sama. jadi apa yang kita dah siapkan sebelum kita kejar impian kita tu? jangan persoalkan kenapa kita seolah-olah tak layak mencapai kejayaan kita kalau tak ada apa yang kita siapkan. bersedia menampakkan kita layak untuk capai cita-cita kita tanpa putus asa.
bersambung...
Comments
Post a Comment