Slot nasihat: Erti sebuah kegagalan

Hye, dalam entri ni Aishah nak cerita sikit tentang erti sebuah kegagalan.Cehh ceh ceh! bunyi dah macam gempak gittew. Okaylah berbalik kembali pasal erti sebuah kegagalan tadi. Sebenarnya semua orang ada zaman jatuh bangkit dia sendiri. Itu semua bergantung pada diri seseorang tu lah. Jatuh?. Jatuh macam mana tu?. Jatuh terjelompok ker macam mane?.
Kegagalan selalunya berkait mengait dengan kehidupan kita. Misalnya, semua orang ada impian masing-masing untuk merialisasikan kehidupan mereka, tapi tak semua impian-impian itu mudah untuk dikecapi. Perlu ada perlaksanaan. Mestilah ada kesulitan dan kepayahan yang kena dihadapi jugak kan. Ada kata-kata hikmat yang mengatakan bahawa jika ingin berjaya perlu menemui kegagalan dulu baru dapat menemui kejayaan. Bagi Aishah, betul jugak selalunya orang yang pernah gagal ni lebih bermotivasi dan semangat ingin berjaya tu lebih kuat. Tapi itu bergantung pada usaha kita okay! kalau tak ada usaha tak akan jadi apa-apa jugak. Rugi je. Mungkin ada orang yang tak melalui kegagalan dan terus berjaya. Semuanya bergantung pada rezeki masing2 atas berkat usaha yang telah dibuat.
Jadi waktu kita dalam kepayahan ataupun menghadapi kegagalan tu jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama dengan kita. Setiap titik kehidupan kita pasti ada rintangannya. Sebagai hamba Allah, kita kena bersabar dan banyakkan berdoa. Bab kata orang putih be patients and go on. Ewah!. Mesti korang akan terfikir betapa teruknya bila dilanda kegagalan ni. Ingat! jika seseorang tu jatuh tak mustahil dia akan bangun dan berlari. Jadi apa yang Aishah maksudkan kat sini jangan cepat mengalah. Selain tu, waktu kegagalan ni lah sebenarnya waktu untuk memperbetulkan kesilapan kita.
Demi mencapai sesuatu sasaran, kita mesti ada perancangan dan usaha, jadi mungkin ada satu daripada sepuluh cara kita tu tak betul dan tersalah langkah sampai kita sendiri boleh gagal. Lebih baik kita munasabah diri kita dulu. Kita sendiri tak tahu yang mungkin disebalik kegagalan ni ada hikmah yang baik.

Jangan rasa kita sorang aje yang pernah kecundang dalam hidup dan tahu sakit perit merasai kegagalan tetapi sebenarnya semua orang pernah rasa benda yang sama. Mungkin dalam situasi yang berbeza dan lebih teruk daripada kita. Jadi bagi yang diluar sana tu jangan mudah berputus asa. Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya. Jangan mencari jalan buntuh tetapi carilah jalan yang benar dan kembali pada Allah. Okay itu aje pandangan dan nasihat bagi awak2 diluar sana dan diri Aishah sendiri. Moga lepas baca entri korang lebih tabah menghadapi dugaan. Aminn

Comments

Popular posts from this blog

The Middle of Year Activity at Skytrex

The Journey of Bukit Batu Putih,