The Journey of Bukit Batu Putih,
Cuti sem dekat 2 bulan lebih tapi Aishah tak banyak berjalan
pun sem break kali ni sebab tak ada buat perancangan langsung. Ingat nak raya
best2 je time start cuti akhir bulan julai dulu. Lepas raya baru ternganga
mereput kat rumah. LOL. So disebabkan ada kesedaran nak tengok dunia luar,
Aishah pun cari suatu tempat yang best dan boleh membakar kembali lemak-lemak
raya dalam badan ni yang dah nak tepu. Hoho. Akhirnya, jumpalah tempat ini.
Bukit Batu Putih.
Pada mulanya, nak pergi tempat lain tapi disebabkan ini last
minute plan, jadi kelain lah plan nyer. Okay takpa kita teruskan cerita pasal the
journey at Bukit Batu Putih. Aishah pergi berdua orang je dengan my sister.
Jadi kami bergerak keluar rumah dari Putrajaya pada pukul 7 pagi (kitaorang
rancang gerak pukul 5 pagi tapi biasalahkan last minute planning). Kami sampai
di Port Dickson dah dekat pukul 8.50 macam tu lah.
Bukit Batu Putih tu betul-betul dekat dengan rumah api Tanjung Tuan. Senang je nak cari kawasan rumah api tanjung tuan ni, follow je signboard ke rumah persekutuan Port Dickson and then cari signboard Ilham Resort pulak…Then, tempat ni betul-betul sebelah Ilham Resort. Nanti korang
akan jumpa pintu gerbang Bukit Batu Putih sebelum start hiking.
Nak masuk kene bayar RM1 dulu ye kawan-kawan sebab ni hutan
simpan yang dijaga heheh. Disebabkan first time datang so kenalah tanya akak
kaunter tu dulu kemanakah arahnya untuk mengurangkan risiko, bukan memandai
main redah je. Mula-mula orang kaunter tu suruh jejak je jalan tar sampai jumpa car parking sebelum rumah api tanjung tuan tu.
Lepas tu belok ke kanan untuk
hiking ke trek seterusnya yang lebih berakar kayu. Waktu belok tu ada rasa
betul ker arah ni takut-takut sesat
pulak, tapi bila dalam perjalanan naik tu nampaklah ada orang lain yang dah
selesai mendaki tu turun. Tak lupa juga nak tanya “betul ker arah ni?” dan
greeting bila berselisih dengan orang (kakak aq je yang ramah I just keep smile
heheh). waktu tu hari minggu jadi tak peliklah ramai sikit orang. Ingatkan masuk je trek ni dah dekat sangat dah dengan bukit batu putih tu, rupa-rupanya jauh lagi jadi teman sabo jelaa.. penat tak penat kita redah.
![]() |
my sister absolutely focus |
![]() |
Acah-acah tengah panjat batu dengan gigih. |
Tak lama lepas tu nanti korang akan jumpa dulu satu bukit batuan-batuan sebelum jejak ke kawasan batu putih itu. So untuk sampai ke destinasi haruslah panjat batuan-bantuan tersebut. Habis je panjat taraa dah pun sampai!!
Seperti yang dikatakan tadi hujung minggu jadi memang ramai orang. Lagipun tempat ni dah femes so ramailah yang nak mengunjunginya kann. Nowadays, ramai orang dah jadikan aktiviti hiking sebagai hobi. Dah sampai kat atas tu apa lagi mesti nak abadikan memori itu melalui gambar. Ramai org yang berselfie kat atas tu so tempat-tempat yang mempunyai angle yang sesuai tangkap gambar menjadi rebutan untuk kenangan abadi hahaha!.
![]() |
I pun tak lepaskan peluang berselfie dengan kakak i.. hoho |
Aishah dah penat sampai je atas tu sebab dah lama tak exercise, ikutkan takdalah strong sangat dia punya hike up tu. Light light je gittew. Naik ke atas hanya mengambil masa dalam 35 ke 45 minit lah macam tu (tak ingat sangat tapi kurang satu jam). Selain jalan yang kami guna ni ada je jalan lain nak naik tapi kami tak berapa tahu sangat. Habis je tangkap gambar puas-puas, kami pun turun lee.. apa-apa pun redah dulu batu-batu ini.
Apa pun kami tak terus turun bawah tapi singgah jap tengok rumah api tanjung tuan yang dah dekat je kat situ. Teruskan jalan-jalan ambil angin dengan berjalan kat kawasan rekreasi taman burung kat situ lepas tu baru turun ke bawah. Balik tu singgah jap kat pantai dekat-dekat situ, teringin nak basuh kaki sikit kat pantai.
baiklah itulah sedikit sebanyak info tentang Bukit Batu Putih. Harap dapat membantu anda. Chou! dulu.. ada hal penting. nah! sedikit bingkisan gambar.
Comments
Post a Comment