The Middle of Year Activity at Skytrex

Assalammualaikum semua!

Rasanya dah lama sangat tak update blog ni hahah ๐Ÿ˜…. 

Baiklah kali ni aku nak share sikit story morry aku baru-baru ni pergi beriadah di Skytrex Sg Congkak. Haaa untuk pengetahuan korang semua dimaklumkan Skytrex di Shah Alam sebelum ini telah pun berpindah ke Sg Congkak... pls take noted yaa, nanti ada pulak yang sesat ke Shah Alam. Bagi aku penempatan baru Skytrex kat Sg Congkak ni lebih menyeronokkan bagi orang yang suka menikmati pemandangan alam semula jadi macam perhutanan, gunung-ganang dan air terjun. Although, Skytrex kat tempat lain pun ada persekitaran yang lebih kurang sama dengan Sg Congkak tapi apa yang membezakannya adalah your feel during play the activity which might slightly differ... gituhh. Jadi siapa-siapa yang tak tahu lagi bahawa Skytrex ada 3 cawangan di Malaysia iaitu Melaka, Sg Congkak dan Langkawi. Aku baru cuba yang kat Sg Congkak ni ajaa, mungkin lepasni aku akan cuba yang kat tempat lain pulak. Why not?



Sebenarnya, aku dah lama sangat aim nak naik benda 'alah' ni, tapi disebabkan dulu aku tak confident dengan aktiviti gayat2 ni ahahaha ๐Ÿ˜ I decide to go there with my cousins yang satu kepala tintong dengan aku, then without doubt we just buy the ticket through online. Untuk tiket masuk Skytrex adalah lebih selamat beli di website dia sebab malang tak berbau, mana tahu bila kita gamble pergi sana tengok2 all slot dah fully booked especially on weekend! tak ker meroyan! apepun bergantung pada nasib. Korang boleh cek tiket di website Skytrex Adventure, link di bawah


Haa lagi satu, harga tiket beli melalui online dan walk-in adalah berbeza, lebih berbaloi beli melalui online. So, I choose River Thrill section for intermediate level with just RM45 due to promotion from RM55 of online rate price. Disebabkan aku first time pergi sini, so just 'add on' my tiket purchases with 'super skydeal' combo which is hv bottle holder, mineral water & glove (only RM20). 

Aku ambil slot pukul 9.30 pagi, slot paling awal gituh, jadi kene sampai di Skytrex awal setengah jam untuk pendaftaran dan sedikit briefing. Sebelum kita mendaftar, semua peserta kene isi 'disclaimer form' yang disediakan dulu. 
Alat keselamatan diri dipasang lengkap
Lepas daftar kita akan ambil peralatan keselamatan atau Protective Personal Equipment (PPE) untuk dipasang. Jangan risau sebab kat situ banyak guider yang akan pasangkan alat keselamatan tu untuk korang, so tak usah nak panic lagi ๐Ÿ˜‚. Mostly guider kat situ friendly dan memahami kita yang nubis kubis ni (in case). Guider akan bagi sedikit briefing dan latihan untuk ajar kita guna alat keselamatan tu sebelum betul-betul start aktiviti lasak tersebut. Dalam River Thrill section ada lebih kurang 20 halangan yang kita akan lalui, kebanyakkannya 'flying fox' yang paling senang nak handle dan best! LOL!
Halangan pertama perlu naik tangga ni untuk sampai ke check point atas, nampak je macam senang naik tangga ni tapi sebenarnya ini yang paling penat nak buat. Aku guna dua-dua belah kaki aku untuk langkah tangga ni supaya cepat sikit aku sampai kat atas sebab kita perlu tampung berat badan kita guna kaki dan tangan while climb this stairs. Yang dalam gambar ni tak tinggi pun dah penat, ada lagi satu check point tu lagi tinggi dan ramai yang akan berhenti kejap kat tengah2 untuk rehat hahaha belum lagi cerita nak adapt takut gayat masing2, hanya getaran pergerakan yang dapat menjelaskan ๐Ÿ˜… . Aktivitinya tak lah susah mana cuma kita kene adapt takut ketinggian kita semasa merentasi beberapa halangan di sini. bagi yang dah familiar dengan aktiviti lasak mungkin boleh control and manage to complete all obstacle easily.
Flying Fox trail
macam ni lah tinggi tangga utk next check point & extreme level
Halangan seterusnya dinamakan sebagai 'Hug Pipe'. Nama pun hug pipe, dah sah-sah benda yang ko kene buat ialah peluk batang paip tu untuk melepasi halangan ni... ye idokk. Part ni memang lambat sikit nak lepas, yang penting nak lepas bahagian ni kene ada keberanian dan strategi. Pastikan korang tak tersilap pusing, kalau silap terbelit lah korang ๐Ÿ˜†. Part ni ramai yang panic takut tak lepas, kalau korang dah start panic dan takut2 semua, berenti kejap, bertenang dan berfikir secara waras untuk survive (sebenarnya korang boleh je lepas). Lagi satu, bahagian ni boleh naik sampai 4 orang tau, so makin ramai orang, makin kuat jambatan ni goyang ahahaha. Hari tu aku sampai kene marah dengan sorang akak depan aku tu sebab jambatan tu goyang teruk gila padahal yang goyangkan tu Fatin, jahanam betul dia pegi henjut atas tali jambatan tu ๐Ÿ˜‚ Jangan risau sebab guider ada, and kalau guider yg jaga tu kuat sakat dia pun akn henjutkan jambatan tu utk korang LOL!


Hug Pipe

mcm Fatin demo kat gambar ni, korang kene peluk paip2 tu then pusing ke arah yang betul. 
Next, Monkey Bar part. Fuhh seorang wanita seperti aku yang tidak memiliki muscles yang kuat, memang idokk leee yong lepas bende ni, dapat lepas 2 tangga je then i surrender jelah dek kerana menahan berat badan aku yang berat amat hahahah. Fatin ex budak palapes pun dapat lepas separuh jalan je then yang tak lepas tu heret badan masing2 guna roler rope tu.

Monkey Bar

Mungkin utk yang kaki gym takde masalah nak complete monkey bar ni fully, maybe...

Step Bright. 
Part ni senang saja, kita hanya perlu langkah atas tangga-tangga tu sambil pegang tali-tali yang ada disampingnya gituhhh. no need panic just feel the journey...okay!

Snap a picture first before going to the next part


Hokayy pasal boleh ker nak bergambar during the activities? Boleh je tapi kalau berlaku apa-apa ker, contoh barang hilang atau terjatuh, itu semua tanggungjawab masing2. so be careful with ur belonging. macam aku letak phone dalam pocket seluar yang berzip dan keluarkan bila kat based check point je utk tangkap gambar. Siapa yang ada action camera atau 'go pro' mungkin lebih senang nak record aktiviti lasak macam ni.

Fish Bone

bahagian akhir Fish Bone agak berbeza sikit macam dalam gambar ni
Dan banyak lagi halangan-halangan lain yang kiteorang lalui... mostly aktiviti disini ialah flying fox.
Ada satu bahagian flying fox tu tinggi dan panjang, merentas di atas sungai... part tu aku gagal sampai ke based check point seterusnya dengan perfect, so kiranya aku terjun dan mengelongsorkan roler rope tu tak sampai habis, disebabkan kurang daya, roller aku tu reverse ketengah-tengah track flying fox๐Ÿ˜จ mula-mula dah perasan yang pergerakan mula perlahan.. panic sikit sebab jarak based check point dengan aku ada lebih kurang 10 kaki lagi nak sampai tapi roller tu dah berhenti sendiri. Unfotunately, that roller dah reverse dan aku start blank bila guider yang tunggu kat based check point tu 'bye bye' aku...sumpah aku tak tahu nak gelak ker nak takut (terus hilang rasa panic hahahah) memang seram time stuck kat tengah-tengah trail tu sebab aku dalam keadaan tergantung kat tempat yang tinggi dan betul2 atas sungai tapi alhamdulilah aku tak rasa cuak pun. Otak aku cepat2 fikir, waktu briefing guider tu ada bagitau supaya kita try survive diri kita first instead of tunggu bantuan datang je. so aku pull the trail rope untuk dorong aku sikit-sikit ke depan, so kurang lah sikit jarak aku untuk guider tu selamatkan aku. Then tak lama kemudian guider yang 'bye-bye aku tadi tu sampai untuk selamatkan aku hahahaha dia tarik aku guna tali then dorong diri dia dan aku ke based check point (kuatkan? hahah). Finally, im save, Im okay and i think it was fun! LOL!
Thanks to my sister for this photo from another angle

Muka lega masing-masing bila dapat complete the obstacles
I really recommend this activity for u all. sudah semestinya aktiviti ni menyihatkan fizikal dan mental kita, two benefits in one gituhh. Lagi-lagi untuk generasi muda macam kami hehehe. So saya bagi 7/10 untuk rate tahap adventure bagi River Thrill section at Skytrex Adventure Sg Congkak. For those yang beginner better ambik River Thrill ni but kalau dah otai boleh ambik yang Extreme terus roy!




Comments

Popular posts from this blog

The Journey of Bukit Batu Putih,

Slot nasihat: Erti sebuah kegagalan