Not so perfect day!

kali ini aku dengan sedara aku berhasrat nak spent time together lagi kat Putrajaya, memandangkan kami semua tak cukup modal nak keluar melancong jauh-jauh. kalau ajak keluar kat area putrajaya ni, aku okay lagi sebab aku terasa malas nak pergi tempat lain especially nak kene turun KL, paling annoying nak jejak kaki kat sana buat masa ni. usah ditanya kenapa! sbb dia memang tiba2. ugh pelik kan!. masa ni pun sebenarnya aku dalam keadaan tak sihat sikit tapi aku gagahkan jugak nak keluar dengan mylovely cousey lololol!

tujuan utama kitaorang hari tu nak main ice skating kat ioi city mall. haishh! fikir jugaklah sebelum nak pergi tu.. boleh ker keadaan aku yang tengah selsema apa semua tu nak main benda2 sejuk macam tu ><... peduli apa aku! lawan je sakit ni hahahah. excited jugaklah semua sebab dah lama gila tak main. takut pun ada sebab dah lupa cara nak meluncur dengan betul. antara kami bertiga, Fatin lah orang yang paling pro dalam bab2 meluncur ais ni hahhaha. aku boleh lah sikit-sikit tapi tak secekap tahap professional tu ^^. mula-mula main tu, seperti yang dijangka mesti masing-masing akan meluncur kat tepi-tepi dulu sambil pegang dinding gelanggang skating tu. macam baru belajar bejalan pulak kiteorang. tapi kali ni macam cepat sikit improvement dia sebab tak sampai separuh pusingan gelanggang tu aku dan fatin dah tak perlukan dinding tu untuk menyokong keseimbangan kiteorang hahahah. just aina je dia takut-takut sikit dengan keseimbangan kaki dia. kebiasaannya awal-awal main skating akan rasa sakit kaki sikit. so that lah, sakit-sakit kaki ni semua kiteorang dah prepare fizikal dan mental dah sebelum nak jejak main skating ni. lepas habis main skating ni confirm kiteorang akan sakit kaki sebabnya kaki korang akan letih bila main benda ni.

dari pukul 3.30 ptg sampai pukul 6.30 ptg kiteorang berjimba kat atas gelanggang ice skating tu. best sangat!!!^^ kira macam melepaskan gian dah lama tak berskating gituu. dah lama-lama tu semua boleh meluncur dengan baik. dan aku tak akan lepaskan peluang mencipta kenangan aku untuk jatuh semasa meluncur ais ituuu hahahaha. best kot moment jatuh kat situ lololol.. macam2 boleh dapat.. sakit, sejukk, dan legaa sebab kaki kita dpt rehat jap bila dapat duduk. kali ni aku jatuh 3 kali, semuanya jatuh lutut dulu sebab tak mahir dan tengah nak belajar tolak kaki kiri untuk luncurkan kaki kanan. korang faham tak! hahahahah. ape ape je lah! lepas puas main ice skating kiteorg semua dah mula lapar macam-macam dan secara tak lansung tercipta idea yang begitu bernas nak buat food hunting session pulak kat situ.

tak banyak pun kedai makan yang kiteorang pergi, cuma 3 buah je camtu. boat noodle, hanbing and kfry. dah alang-alang jalan dekat ioi city mall tu, kiteorang memang aim nak pergi kfry sebab nak try 1 hidangan dia yang orang dok viral sekarang ni. aku tak ingat nama dia tapi sounds like 'bukbuk chicken' kot. apa yang special sangat kat makanan tu ialah bagi aku cuma dia ada cheese yang kenyal2 tu then dia salutkan dekat ayam goreng versi korean cook tu. tetapi itulahhh apa yang kita plan tak semestinya akan jadi macam yang diranacangkan. sadly waktu kiteorang datang makan kat situ haritu, bukbuk chicken tu dah sold out, so that's mean it out from the menu that day. Aina antra orang yang paling hampa sekali sebab dia memang nak sangat makan benda tu huhuhu. menurut apa yang Aina cakap cawangan kfry kat malaysia ni ada dua je kat malaysia. di johor dan selangor, cawangan kat selangot tu...disinilah!.. ioi city mall. kiteorang sedih sikit je bila tak dapat rasa menu tu sebabnya kiteorang tak tahu lagi nak pergi situ bila lagi. walaupun tempat aku dekat je but aku ni bukanlah sejenis suka berjalan di mall kerap2 hahahaha i more prefer to do sport activity or go somewhere that u will get the passion.

Tak mengapalah kalau dah sold out! so kiteorang try order menu lain.. maybe lebih menarik kan! banyak je menu yang menarik kat situ. kiteorang amek tiga jenis hidangan untuk makan 4 orang. 1 hidangan tu pun dah besar tahap gaban hahahah. kiteorang order mango binsung, seafood deobbokki and spicy fried chicken. kenyang memang lagi mengeyangkan perut kami. paling best sekali kat kfry ni service dia memang tiptop! walaupun ramai orang berduyun-duyun datang sini. pelayan dia semua friendly dan ramah gilaa! kadang2 tu aku terhibur tengok dorang. kenapa?! korang datanglah sendiri kahkahakah!.

Comments

Popular posts from this blog

The Middle of Year Activity at Skytrex

The Journey of Bukit Batu Putih,

Slot nasihat: Erti sebuah kegagalan