Slot nasihat: Erti sebuah kegagalan
Hye, dalam entri ni Aishah nak cerita sikit tentang erti sebuah kegagalan.Cehh ceh ceh! bunyi dah macam gempak gittew. Okaylah berbalik kembali pasal erti sebuah kegagalan tadi. Sebenarnya semua orang ada zaman jatuh bangkit dia sendiri. Itu semua bergantung pada diri seseorang tu lah. Jatuh?. Jatuh macam mana tu?. Jatuh terjelompok ker macam mane?. Kegagalan selalunya berkait mengait dengan kehidupan kita. Misalnya, semua orang ada impian masing-masing untuk merialisasikan kehidupan mereka, tapi tak semua impian-impian itu mudah untuk dikecapi. Perlu ada perlaksanaan. Mestilah ada kesulitan dan kepayahan yang kena dihadapi jugak kan. Ada kata-kata hikmat yang mengatakan bahawa jika ingin berjaya perlu menemui kegagalan dulu baru dapat menemui kejayaan. Bagi Aishah, betul jugak selalunya orang yang pernah gagal ni lebih bermotivasi dan semangat ingin berjaya tu lebih kuat. Tapi itu bergantung pada usaha kita okay! kalau tak ada usaha tak akan jadi apa-apa jugak. R...