Aku Akan Cari!
Berlagak kuat . Waktu ni kita semua dapat berhubung dan berinteraksi dengan orang-orang yang jauh dalam maya. kalau dibandingkan dengan zaman dulu, kita sekarang lebih senang untuk buat aktiviti sosial, tak payah bersusah-susah guna kudrat. sekarang semuanya dihujung jari. Hanya tangan dan mata saja yang diperlukan dalam konteks ini tapi kita terlupa kita bawa hati sekali. hati merujuk kepada keinginan dan emosi. kita semua tak akan lepas dengan permainan hati, ia tak boleh dilayan dan sama sekali jangan diabaikan. ia harus dikawal. Kadang kita tengok orang lain hidup bahagia dan gembira di media sosial, kita mula rasa sedikit iri lalu persoalkan "kenapa hidup aku tak macam tu jugak?!". kadang kita gembira nampak orang lain gembira dan rasa ingin tahu akan gelagat orang tersebut lalu terinspirasi "wah bagusnya dia buat macam tu". sekarang kita boleh cuba fikir-fikirkan apa yang mendorong gerak hati ini. cubalah mengawal perasaan, jangan mudah melatah pada medium ma...